Alumni

Isnin, 1 April 2024

aNaLiSiS DaTa

 Selepas lama menyepi, hanya kata pemberi petua, hari ini tergerak diri untuk melatih diri dan mereka untuk memahami satu lagi peringkat dalam proses kajian.

hasilnya terbentuklah tema dan koding dan benarlah kenyataan bahawa bila bertemu akan banyak dapat dikongsikan.

21 Ramadhon 1445H
Semakin pudar rasa ingin
untuk mereka terus berkarya
semakin diri merasa mungkin
untuk membantu mengemas bahasa.

topik mereka berkaitan pekerjaan busking dan buruh bawah umur.
teruskan perjuangan !!!



Selasa, 26 Mac 2024

2nd SeMeSTeR

 Ramadhon memasuki hari ke- iaitu pada hari khamis dan satu lagi kuliah untuk semester ini bagi mereka yang memasuki semester ke-2 dari 6 semester. Berbekalkan sedikit aktiviti di alam maya, mereka telah hadir dengan semangat dan keinginan masing-masing.

Meneruskan tradisi membentuk kumpulan kecil bagi tugasan. Suasana panas dan perut yang kosong telah mengurangkan sedikit semangat.

Teruskan Perjuangan!


Khamis, 21 Mac 2024

FiNaL SeM

 Buat mereka ambilan tahun 2001-2024, keadaan sedikit berbeza apabila tinjauan di alam maya seakan menunjukkan tiada respon. Hanya 15 orang yang menyatakan mereka telah bersedia dan apa pun keadaannya, kuliah pertama telah diadakan di petang hari, di saat puasa memasuki hari ke-8.

Seragam Hitam

kata mereka di wiki penuh dengan warna-warni, namu dalam perbualan seharian mereka lebih memilih untuk sepi, mungkin untuk menjaga pahala puasa.

Perjalanan ini semakin menarik.

Selamat menempuh semester akhir.


Ahad, 17 Mac 2024

Sem 2 2324 MuLa

 Hadirnya di bulan Ramadhon (7) dan dalam suasana yang bercampur baur, sebahagian ingin terus dalam talian dan sebahagian lagi akan hadir ke kampus. Alasan mereka, raya akan tiba dan kos perjalanan akan meningkat terutama yang berada di Malaysia Barat. Namun begitulah keadaannya.

5 Ramadhon
(Rutin mingguan: akan berspeda keliling kampus, dan dihari itu, terhasil puisi Dewan Canselor)

Selamat kembali ke kampus kepada mereka yang akan kembali dan kepada yang masih berada di sana, bergembiralah dengan keluarga di samping pembelajaran dalam talian.

Isnin, 22 Januari 2024

FiNaL eXaM

 Minggu peperiksaan tiba lagi setelah lebih kurang 14 minggu bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan pengajian. Pelbagai tugasan telah disiapkan dan kini saatnya untuk menguji daya taakulan dan keupayaan penulisan. Semoga apa yang dibaca dapat diterjemahkan ke dalam tulisan sesuai dengan tahap pengajian masing-masing.

Menikmati Indahnya Kampus

Selamat Menjawab!!

Jumaat, 12 Januari 2024

KuLiaH 13

 Selamat tahun baharu 2024 dan di minggu kedua tahun ini sesi perkuliahan menuju penghujungnya. Semua itu berlaku semalam 11.1.2024 di saat kebanyakan warga masih lagi dikejutkan dengan isu air yang masih berlaku.

Memandangkan ini adalah kuliah penutup dan selama lebih kurang 6 minggu kuliah dilakukan secara chat di ruangan Microsoft Team, amalan biasa telah diteruskan. Tinjauan pendapat untuk kuliah petang tersebut dan ternyata ramai yang memilih untuk berada dalam talian. Namun, setelah menilai keadaan semasa dan keadaan cuaca, aku memutuskan untuk mengadakan kuliah DKP 6. Alasan kuberikan hanya untuk sebuah lagi foto kumpulan.

W for Wiki (foto:Mix)

dan dikesempatan itu, kuliah berjalan seperti biasa dengan fokus kepada retrospek (throwback) sepanjang 14 minggu. Penilaian turut diberikan terhadap tugasan demi tugasan dan mereka memberi respon yang pelbagai. Pelbagai perkara dapat diperhalusi, antaranya kebiasaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan di saat akhir. Suatu kebiasaan yang telah menjadi amalan dan kini menjadi budaya sejak bertahun lama. Sampai bila ini akan berlaku?

Dan terbukti selepas semalaman, respon terakhir hanya 7 respon yang diterima.

mungkin mereka keletihan atau sistem yang tidak menyokong.