Alumni

Jumaat, 13 November 2026

MiNGGu Ke-8

 Waktunya tepat, separuh dari semua iaitu 7 minggu, dan saatnya untuk BEREHAT SEMINGGU, dan tanpa perlu disuruh-suruh. Perjalanan semester ini terasa berlainan kerana kembali aktif mengendalikan kuliah dan tutorial.

9-15.11.2026

Kuliah

Berjaya bersemuka tanpa perlu online meskipun terdapat seruan. Kata mereka ingin menikmati dewan kuliah, biar selalu bertemu.

Tutorial

10 kelas dengan perangai yang berbeza dan mereka boleh menggantikan kelas jika terlepas masa sebenar dan setiap minggu dengan tema yang berbeza. Bermula dengan sesi perkenalan, kemudian pembahagian soalan dan akhirnya tips berkaitan peperiksaan.

dan sepanjang itu juga, aktiviti WIKI telah diteruskan dengan motif dan tujuan yang sama, mengeratkan hubungan dan meningkatkan kemahiran asas.


semua dimulakan dengan sesi keinsafan.

dan semasa cuti mereka telah memberikan maklumbalas terhadap proses pembelajaran dan harapan untuk baki semester.



GOOD LUCK


Khamis, 17 September 2026

GeNeRaSi LaGi

 Bermulanya kitaran kehidupan selaku pelajar di UNI

Hari ini, 17.9.2026

[20:58, 9/17/2026] Seseorang: Puisi Malam Ini

[20:59, 9/17/2026] Seseorang:

 Sekali lagi

saat dan waktunya

mereka datang

membawa diri

mengikut musim

mendaftar diri

[21:00, 9/17/2026] Seseorang: 

Saling menyapa

mengenali siapa

dari mana

pilihan berapa

lalu berakhir

dengan foto bersama

[21:01, 9/17/2026] Seseorang: 

wajah-wajah

manusia baru

dengan cara

dengan gayanya

sesuai dengan tahun pertama

[21:01, 9/17/2026] Seseorang: ....sambung gais

[21:03, 9/17/2026] amanda: @~Nur Elliah sambung puisi jgn d simpan2🤣

[21:04, 9/17/2026] Seseorang: 

satu kumpulan

demi satu kumpulan

dipecahkan pada mentornya

lalu berjanji itu dan ini

nantinya 3 tahun ke depan

dirinya akan jadi beda

[21:05, 9/17/2026] Seseorang: Mesti 

mereka tidak menyangka

akan peritnya tugasan 

akan bosannya dewan kuliah

dan berteman dengan teman yang hrmmmm

[21:07, 9/17/2026] Seseorang: 

paginya

terkadang bangun awal

selalu bangun lewat

bilangnya ikut mood

[21:08, 9/17/2026] Seseorang: 

kerana itu

tutorial dipilihnya jam 11

Rabu, 8 Julai 2026

BeLaJaR GeMBiRa

 Program khidmat masyarakat adalah untuk pelbagai kepentingan dan mengisinya dengan pelbagai program selalunya akan mendatangkan tekanan.

Malam Kebudayaan buat mereka untuk melihat sisi lain dari akademik. Mencipta kenangan dengan persiapan yang biasa-biasa. Bincang dan jalani tanpa perlu terlalu teknikal.

Bekerja dalam kumpulan mencipta keserasian dan saling memberi