Alumni

Ahad, 17 Oktober 2021

LaWaTaN PRaKTiKuM

 Meneruskan tradisi kerjasama denga pihak industri setelah setahun (2020) aktiviti praktikum telah ditiadakan era PKP. Meskipun hanya secara maya, pertemuan masih dengan semangat yang sama iaitu untuk merakamkan penghargaan dan memohon sumbangan atau cadangan demi masa depan. Hasilnya terciptalah perbualan yang memberi makna.

13 dan 15.10.2021, GoogleMeet

Antara ucapanku:

"Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga pertemuan ini akan dilanjutkan dengan kerjasama yang lebih selepas ini".


Isnin, 11 Oktober 2021

SeMeSTeR PuN BeRMuLA

 Minggu pertama untuk semester baharu dan mereka hadir dengan perasaan yang bercampur baur.

kita dan mereka
rasa masih sama dengan nada yang sedikit perlahan dan aku dikejutkan dengan ingatan mereka tentang update cuaca di kala kuliah baru bermula.
selalu kutaip begini.
Selamat datang dan mohon kejutkan rakan rakan yang belum sampai...
15 minit, 30 minit, hinggalah ke minit 60.

teruslah membaca

Jumaat, 8 Oktober 2021

MSM- SeLaMaT DaTaNG

Bertemu dan beramah mesra di alam maya
mereka datang dengan pelbagai rasa
memberi dan menerima
lama dan baru semua teruja
Pagi ke Petang

dan di petang hari...teruja dengan gelagat abang senior..kami beramah mesra dengan masing-masing punya kenyataan..
masih dibatasi capaian internet
Perkongsian dari senior:
Jaga adab, jangan mudah putus asa, jangan last minit, jangan tukar kursus, kursus ini adalah kursus yang terbaik, saling bantu membantu, lihat potensi diri dan banyak lagi...

dan dari kami yang masih di sini:
follow you heart, enjoy you life, fokus, dan banyak lagi...

semoga semuanya dipermudahkan...