Alumni
BERITA DAN AKTIVITI
Aktiviti 1:
Penjelasan Undang-Undang Pekerjaan : Sabah Labour Ordinance Chapter 67.
KOTA KINABALU: Sabah Labor Ordinance (SLO) merupakan undang-undang utama berkaitan terma dan kondisi pekerjaan bagi pekerja-pekerja sektor swasta di negeri Sabah. Kandungan dan fungsinya adalah sama seperti Akta Pekerjaan 1955 yang terpakai di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Oleh itu, pemahaman terhadap kandungan (peruntukkan) dalam akta tersebut adalah penting terutama sekali kepada para pelajar Program Hubungan Industri, UMS. Berdasarkan kepada kesedaran tersebut, seorang bekas pelajar (Alumni) program yang kini sedang berkhidmat di Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Tawau telah hadir untuk menjelaskan kandungan SLO kepada para pelajar tahun 2 dan 3. Taklimat tersebut telah diadakan pada hari Rabu (28.9.2017) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan , Universiti Malaysia Sabah.
Seramai lebih kurang lima puluh orang pelajar dan beberapa orang Pensyarah Program Hubungan Industri telah hadir. Dengan adanya taklimat tersebut, para pelajar lebih memahami berkaitan perlaksanaan dan penguatkuasaan SLO dan didedahkan kepada proses dan kaedah pengiraan pelbagai bentuk jenis tuntutan seperti kiraan Notis Berhenti Kerja, Tuntutan Baki Gaji, Faedah Penamatan, dan Tuntutan Cuti Tahunan. Selain itu, turut dibincangkan faedah lain seperti Kerja Lebih Masa, Cuti bersalin, dan lain-lain.
Taklimat tersebut telah diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan antara penceramah, para pelajar dan para pensyarah. Adalah diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan oleh para alumni Program Hubungan Industri yang lain. Dengan itu akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara universiti dan masyarakat seterusnya membuka ruang kepada pelbagai bentuk jalinan kerjasama terutamanya dalam penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan.
AKTIVITI 2:
Tajuk: Perbicaraan Mahkamah Perusahaan
Tempat : Mahkamah Perusahaan Kota Kinabalu
Tarikh : 16 Oktober 2017 (Isnin)
Kota Kinabalu, seramai 7 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah dari Program Hubungan Industri telah menghadiri proses perbicaraan salah satu kes pemecatan pekerja. Mereka datang atas kerjasama dari pihak MTUC Sabah sebagai satu proses pendedahan dan pembelajaran berkaitan proses pemulihan pekerja yang terkandung dalam seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Antara perkara yang dapat diperhatikan pada masa tersebut ialah proses awal sesuatu perbicaraan iaitu menentukan jenis kes dan kenyataan awal dari pihak yang merayu (menuntut).
Selain itu, proses pembelajaran tersebut turut dihadiri oleh tiga orang Pensyarah Hubungan Industri yang terlibat dalam kajian berkaitan kesatuan sekerja dan undang-undang buruh.
Adalah diharapkan agar aktiviti tersebut menjadi amalan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Hubungan Industri bagi melengkapkan aspek teoretikal yang dipelajar sepanjang berada di kampus.
Aktiviti 3
Malam Sejambak Kasih
Tarikh: 21 April 2018
Tempat : TH Hotel Kota Kinabalu
Tema : Evening at the Garden
Aktiviti 4
Minggu Hubungan Industri 2018 Sem 1
Tarikh: 23 hinga 27 April 2018
Tempat: Blok Sains Sosial (FKSW)
Langgan:
Catatan (Atom)