Alumni

Jumaat, 13 November 2026

MiNGGu Ke-8

 Waktunya tepat, separuh dari semua iaitu 7 minggu, dan saatnya untuk BEREHAT SEMINGGU, dan tanpa perlu disuruh-suruh. Perjalanan semester ini terasa berlainan kerana kembali aktif mengendalikan kuliah dan tutorial.

9-15.11.2026

Kuliah

Berjaya bersemuka tanpa perlu online meskipun terdapat seruan. Kata mereka ingin menikmati dewan kuliah, biar selalu bertemu.

Tutorial

10 kelas dengan perangai yang berbeza dan mereka boleh menggantikan kelas jika terlepas masa sebenar dan setiap minggu dengan tema yang berbeza. Bermula dengan sesi perkenalan, kemudian pembahagian soalan dan akhirnya tips berkaitan peperiksaan.

dan sepanjang itu juga, aktiviti WIKI telah diteruskan dengan motif dan tujuan yang sama, mengeratkan hubungan dan meningkatkan kemahiran asas.


semua dimulakan dengan sesi keinsafan.

dan semasa cuti mereka telah memberikan maklumbalas terhadap proses pembelajaran dan harapan untuk baki semester.



GOOD LUCK


Khamis, 17 September 2026

GeNeRaSi LaGi

 Bermulanya kitaran kehidupan selaku pelajar di UNI

Hari ini, 17.9.2026

[20:58, 9/17/2026] Seseorang: Puisi Malam Ini

[20:59, 9/17/2026] Seseorang:

 Sekali lagi

saat dan waktunya

mereka datang

membawa diri

mengikut musim

mendaftar diri

[21:00, 9/17/2026] Seseorang: 

Saling menyapa

mengenali siapa

dari mana

pilihan berapa

lalu berakhir

dengan foto bersama

[21:01, 9/17/2026] Seseorang: 

wajah-wajah

manusia baru

dengan cara

dengan gayanya

sesuai dengan tahun pertama

[21:01, 9/17/2026] Seseorang: ....sambung gais

[21:03, 9/17/2026] amanda: @~Nur Elliah sambung puisi jgn d simpan2🤣

[21:04, 9/17/2026] Seseorang: 

satu kumpulan

demi satu kumpulan

dipecahkan pada mentornya

lalu berjanji itu dan ini

nantinya 3 tahun ke depan

dirinya akan jadi beda

[21:05, 9/17/2026] Seseorang: Mesti 

mereka tidak menyangka

akan peritnya tugasan 

akan bosannya dewan kuliah

dan berteman dengan teman yang hrmmmm

[21:07, 9/17/2026] Seseorang: 

paginya

terkadang bangun awal

selalu bangun lewat

bilangnya ikut mood

[21:08, 9/17/2026] Seseorang: 

kerana itu

tutorial dipilihnya jam 11

Rabu, 8 Julai 2026

BeLaJaR GeMBiRa

 Program khidmat masyarakat adalah untuk pelbagai kepentingan dan mengisinya dengan pelbagai program selalunya akan mendatangkan tekanan.

Malam Kebudayaan buat mereka untuk melihat sisi lain dari akademik. Mencipta kenangan dengan persiapan yang biasa-biasa. Bincang dan jalani tanpa perlu terlalu teknikal.

Bekerja dalam kumpulan mencipta keserasian dan saling memberi


Jumaat, 3 Julai 2026

BeRSaMa Di HuJuNG

 Program tahunan SULAM bagi pelajar tahun akhir telah dilaksanakan di penghujung semester, saat tibanya minggu belajar untuk peperiksaan akhir sem 2 2025-2026. Berbekalkan pelbagai liku dan cabaran, apa yang telah dirancang akhirnya dilaksanakan.

Video oleh Alonk dan diolah semula oleh seseorang

Banyak kenangan dan banyak yang dipelajari, semoga ianya mekar dan sentiasa mengusik kalbu kerana "jauh itu bukanlah jarak".


Sabtu, 25 April 2026

7 HaRi LePaS

 Di kala cuaca panas dan masalah bekalan air di kampus, rancangan untuk hari keluarga dengan nama Fiesta Day telah selamat dilaksanakan. Meriah meski tidak semua hadir. 

saksikan mereka

per lebih kurang 400 orang

Semoga detik detik bersama dapat menguatkan slogan "Bina Hubungan, Harmonikan Perusahaan.



 

"Bertekad Cemerlang"


Khamis, 23 April 2026

2 HaRi 2 aCaRa

 Cuaca panas dan mood ONLINE masih membelenggu di saat minggu ke-6 perkuliahan. Menjelang bulan Mei, tepatnya semalam dan kelmarin dulu 2 acara telah dilaksanakan

Acara 1

Sesi pembentangan dalaman untuk menghadiri seminar di luar, turut dihadiri oleh pelajar pasca dan pelajar tahun akhir

21.4.2026

Acara 2

Pembentangan Pre-Viva dan Proposal Defence oleh calon2 Sarjana dan Phd yang mengambil masa berjam-jam. Letih dan meletihkan

22.4.2026

Seramai 4 orang calon Sarjana dan seorang calon Phd telah membentangkan kajian masing-masing, dan hampir kesemuanya ada kaitan dengan kesatuan sekerja.

semoga terus semangat!


Selasa, 10 Mac 2026

SeM 6

 Menjelang bermulanya semester baharu dan semester akhir bagi mereka sejak tahun 2023 bak kata pepatah "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menjadi dewasa"?

Meneruskan aktiviti, diadakan ADAS bagi menyedarkan mereka siapa dan ke mana arah mereka

Namun hanya mereka yang berjaya dikemaskini sejak 15 hari yang lepas.

Selamat datang dan selamat berpuasa!