Selamat tahun baharu 2024 dan di minggu kedua tahun ini sesi perkuliahan menuju penghujungnya. Semua itu berlaku semalam 11.1.2024 di saat kebanyakan warga masih lagi dikejutkan dengan isu air yang masih berlaku.
Memandangkan ini adalah kuliah penutup dan selama lebih kurang 6 minggu kuliah dilakukan secara chat di ruangan Microsoft Team, amalan biasa telah diteruskan. Tinjauan pendapat untuk kuliah petang tersebut dan ternyata ramai yang memilih untuk berada dalam talian. Namun, setelah menilai keadaan semasa dan keadaan cuaca, aku memutuskan untuk mengadakan kuliah DKP 6. Alasan kuberikan hanya untuk sebuah lagi foto kumpulan.
W for Wiki (foto:Mix) |
dan dikesempatan itu, kuliah berjalan seperti biasa dengan fokus kepada retrospek (throwback) sepanjang 14 minggu. Penilaian turut diberikan terhadap tugasan demi tugasan dan mereka memberi respon yang pelbagai. Pelbagai perkara dapat diperhalusi, antaranya kebiasaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan di saat akhir. Suatu kebiasaan yang telah menjadi amalan dan kini menjadi budaya sejak bertahun lama. Sampai bila ini akan berlaku?
Dan terbukti selepas semalaman, respon terakhir hanya 7 respon yang diterima.
mungkin mereka keletihan atau sistem yang tidak menyokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan