Alumni

Sabtu, 12 Februari 2022

KeMPeN PeRuNDaNGaN-

 WEBINAR HAK DAN PERUNDANGAN BURUH: PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH*

Untuk makluman semua, 

Pelajar Tahun 2, AH20203 Undang-Undang Perburuhan [1-2021/2022] telah mengadakan WEBINAR PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH yang bertemakan HAK DAN PERUNDANGAN BURUH

29 Januari 2022, 9-12 pm, Webex

Kerjasama antara pelajar dan pihak kesatuan. Semoga mereka telah mempelajari sesuatu sesuai dengan matlamat L011- iaitu Etika dan Profesionalisme.

SAKSIKAN RAKAMAN DI RUANGAN BERIKUT
HA12-NOTICED BOARD

Antara maklumbalas dari mereka:

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by 00 - Saturday, 29 January 2022, 11:47 AM
 Terima kasi Dr atas bimbinganya. Daripada program yang telah dianjurkan oleh para panel
 dan moderator luar dan rakan sepasukan kita. Saya dapat mempelajari kesatuan sekerja
 mempunyai pelbagai cabaran dan juga kepentingannya. Dan juga peluang untuk memahami
 kedudukan sebenar kesatuan sekerja itu masih jauh ,akan tetapi selagi berusaha pasti 
membuka mata ramai orang. Kemahiran yang telah saya pelajari hari ini adalah pentingnya 
peranan media sosial bagi menhebahkan aktiviti yang akan diadakan. Oleh itu,dapat disimpulkan 
bahawa ilmu itu ada di sekeliling dan sekitar kita. 

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by  S - Saturday, 29 January 2022, 12:12 PM
 Apa yang berjaya saya pelajari hari ini ialah kesatuan sekerja berperanan dalam menjaga
 hak dan kebajikan pekerja dan banyak cabaran yang dilalui oleh kesatuan sekerja untuk 
mempertahankan hak-hak pekerja agar tidak ditindas sesuka hati oleh majikan.
Kemahiran yang saya berjaya pelajari dalam seminar ini adalah kemahiran berkomunikasi. 
Komunikasi yang baik amat penting untuk memastikan kelancaran sesebuah program. 

Selain itu saya mempelajari bahawa menjadi seorang moderator bukanlah satu perkara 
yang senang ..moderator perlu memainkan peranan dengan baik dalam menjalinkan 
komunikasi dua hala bersama panel agar apa sahaja ilmu yang ingin di sampaikan dapat 
difahami oleh penonton. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya di samping 
mendidik saya untuk membiasakan diri berkomunikasi dengan orang sekeliling.


dan banyak lagi...


terima kasih pada semua. 

|  |