Alumni

Khamis, 11 Mac 2021

BeLaJaR SeJaRaH

 Mendedahkan asas kepada pembentukan sistem perhubungan perusahaan di Malaysia dengan memahami proses perburuhan sejak zaman kolonial di Tanah Melayu.



Memahami petikan dari Cardozo (1990:25):

"Saya tidak bermaksud bahawa kuasa panduan sejarah, sekuat mana sekalipun pengaruhnya, hanya menghadkan undang-undang untuk masa hadapan kepada pengulangan undang-undang masa kini dan masa lampau, menerangkan yang masa kini, dan tatkala menerangkan yang lampau, menerangkan masa kini, menerangkan yang masa hadapan. 

Kata Maitland, "Kalaupun pada suatu ketika nampaknya ada kemungkinan, yang semangat sejarah (semangat yang cuba untuk memahami jurisprudens klasik Romawi dan Twelve Tables, dan Lex Stalica, dan undang-undang semua zaman dan iklim) akan menjadi fatalistik dan animikal kepada pembaharuan, masa tersebut telah pun berlalu... Hari ini kita boleh memandang kerja penyelidikan sejarah sebagai kerja menghurai dan, dengan yang demikian, meringankan tekanan masa silam terhadap hari ini dan tekanan yang hari ini akan kenakan tekanan terhadap hari esok. Hari ini kita mengkaji hari kelmarin, agar semalam tak melumpuhkan hari ini, dan hari ini mungkin tidak melumpuhkan hari esok"

Sumber: 

Benjamin N. Cardozo. 1990. Sifat Proses Kehakiman, terjemahan Ahilemah Joned. Kuala Lumpur: DBP