Alumni

Isnin, 16 Oktober 2023

MiNGGu PeRTaMa Sem 1 2324

 Semester baharu bermula lagi dan kali ini di bulan oktober sehari selepas hari bersama pelajar baharu. Kami telah bermula dengan biasa, namun sesuatu yang luar biasa telah berlaku dan ianya berlaku dengan begitu sahaja. Apa yang pasti...kegiatan mencipta kumpulan masih berlangsung. Sejam pengenalan, 20 minit tayangan video role play dan selebihnya bina kumpulan.

Sebahagian dari Semua

Dan di malam hari telah heboh satu Malaysia, mereka saling berpanggilan di dunia maya, kununnya ada pensyarah telah viral. Hanya peduli selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat UMS..eh kita sudah FYP....dan sehingga kini masih terkejut.
Selepas 3 hari: 1 Juta View

ikuti kisah selanjutnya di Rileklah.com dalam ruangan VIRAL yang antara lain menulis: 

"Pensyarah Paling Sempoi!" - Aksi Pensyarah Masuk Kelas Naik Basikal Jadi Bualan

VIRAL
Dan asalnya bermula di sana:

penat kadang-kadang dapat lecturer random HAAHAHAHAH



https://www.tiktok.com/@nrfqasyrhs/video/7289041270897478914?_r=1&_t=8gULtr89N3J

dan sehingga kini komen terus bertambah dan bermacam pengalaman telah masuk tentunya dari senior lama dan baharu.

dan satu lagi dari Daebaking..

Berbasikal Masuk Ke Dalam Dewan Kuliah, Gelagat Pensyarah Ini Buat Ramai Terhibur

198

Mari Membaca

Khamis, 12 Oktober 2023

MaKLuMaT KuRSuS

 Penawaran kursus diteruskan mendahului pembukaan semester baru bagi Sesi 2023-2024. 

Kursus demi Kursus

Maklumat yang mencukupi akan membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang 3 tahun berada di sini.
 Kohort demi kohort datang dan pergi.

Selamat maju jaya. 



Isnin, 2 Oktober 2023

PRoFeSoR aDJuNG

 Menjelang bermulanya semester baharu bagi sesi 2023-2024, perbincangan awal telah dilakukan bagi menjayakan kehadiran Profesor Adjung ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Pertemuan Pertama

Antara fokus perbincangan merangkumi peranan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang 2 tahun ke hadapan.

Maklumat Lanjut: