Alumni

Isnin, 1 November 2021

MiNGGu Ke-4 2122

 Pembelajaran terus berlangsung dalam suasana pasca PKP dengan sedikit demi sedikit kelonggaran SOP di sana sini.

Persediaan dan penerimaan terus dilakukan dengan kepelbagaian reaksi dari para pelajar. Ada yang sedar dan ada yang masih terleka.

Aku jadi hairan, adakah kerana cuti yang dua bulan menyebabkan mereka telah terlupa lalu menjadi seperti asalnya.

Saatnya mereka memberi pengertian

filem MOGOK

Kajian tentang filem ini

Sumber: https://sgfilmhunter.wordpress.com/2012/12/26/mogok/

dan di satu sudut yang lain, mereka masih suka bertangguh-tangguhan.


Ahad, 17 Oktober 2021

LaWaTaN PRaKTiKuM

 Meneruskan tradisi kerjasama denga pihak industri setelah setahun (2020) aktiviti praktikum telah ditiadakan era PKP. Meskipun hanya secara maya, pertemuan masih dengan semangat yang sama iaitu untuk merakamkan penghargaan dan memohon sumbangan atau cadangan demi masa depan. Hasilnya terciptalah perbualan yang memberi makna.

13 dan 15.10.2021, GoogleMeet

Antara ucapanku:

"Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga pertemuan ini akan dilanjutkan dengan kerjasama yang lebih selepas ini".


Isnin, 11 Oktober 2021

SeMeSTeR PuN BeRMuLA

 Minggu pertama untuk semester baharu dan mereka hadir dengan perasaan yang bercampur baur.

kita dan mereka
rasa masih sama dengan nada yang sedikit perlahan dan aku dikejutkan dengan ingatan mereka tentang update cuaca di kala kuliah baru bermula.
selalu kutaip begini.
Selamat datang dan mohon kejutkan rakan rakan yang belum sampai...
15 minit, 30 minit, hinggalah ke minit 60.

teruslah membaca

Jumaat, 8 Oktober 2021

MSM- SeLaMaT DaTaNG

Bertemu dan beramah mesra di alam maya
mereka datang dengan pelbagai rasa
memberi dan menerima
lama dan baru semua teruja
Pagi ke Petang

dan di petang hari...teruja dengan gelagat abang senior..kami beramah mesra dengan masing-masing punya kenyataan..
masih dibatasi capaian internet
Perkongsian dari senior:
Jaga adab, jangan mudah putus asa, jangan last minit, jangan tukar kursus, kursus ini adalah kursus yang terbaik, saling bantu membantu, lihat potensi diri dan banyak lagi...

dan dari kami yang masih di sini:
follow you heart, enjoy you life, fokus, dan banyak lagi...

semoga semuanya dipermudahkan...



Sabtu, 25 September 2021

MaJLiS PeNuTuPaN- 2021

Minggu Penilaian Program Hubungan Industri telah tiba ke hujungnya pada hari semalam sehingga jam 6.30 malam waktu Kota Kinabalu. Dengan suasana dalam talian, perbincangan dan penegasan telah dilakukan dengan tujuan untuk penambahbaikan.


Terima kasih kepada semua, terutamanya Penilai iaitu Prof Madya Dr. Nor Azimah Chew Abdullah (UUM) atas komitmen, teguran, nasihat serta panduan untuk kebaikan bersama. Semoga kita semua terus fokus dan dapat bergerak secara kolektif demi kepentingan semua.

Diakhir majlis, sedikit video ringkasan sebagai kenang-kenangan.


Terima Kasih

Selasa, 21 September 2021

PeNiLaiaN PRoGRaM -2021

 Rutin 5 tahun bagi menilai dan memacu semula perjalanan program agar menepati perubahan persekitaran.

Akan bermula

Penilaian Semula sejak tahun 2017

Turut berlangsung sempena kehadiran penilai secara maya.
Tema Keselamatan dan Kesihatan

Selamat datang diucapkan dan dipermudahkan segala urusan.




Khamis, 16 September 2021

HaRi MaLaYSia

 Sementara menunggu semester baharu


dan kami telah bersiap sedia memasuki rumah baharu dan kuminta mereka berucap kenangan dan harapan.

Oktober menanti


Jumaat, 6 Ogos 2021

SeLaMaT DaTaNG

 Kembali melapor diri setelah saban tahun menimba ilmu.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus menyumbang kepada negara

Selamat Kembali.


Ahad, 1 Ogos 2021

Kesatuan Sekerja Pasca Pandemik Covid-19

 Kajian terhadap kesatuan sekerja berkembang sejajar dengan perubahan yang berlaku 


4 kemungkinan,

  1. Pengurangan
  2. Hanya mewakili pekerja dalam sektor formal
  3. Kewujudan organisasi perwakilan yang lain
  4. Rejuvenate


Selasa, 20 Julai 2021

RaYa di Minggu Exam

 RaYa QuRBaN

 Tetap hadir dalam era PKPP ini
dan aku hadir

Kepada semua 
di mana pun berada

Dalam persekitaran yang lebih santai dan berterusan.
Penilaian hanya terhadap tugasan.

Rabu, 7 Julai 2021

Mentor MeNTee @FSSK

 Sekian lama berkongsi ruang dan peluang

Isnin yang Indah


dan tentunya dengan norma baharu.
Adaptasi dan Penyesuaian

kuhanya mampu mengatakan..."kita semua penat, namun jangan berhenti..




Sabtu, 26 Jun 2021

MiNGGu 14

 Semester ini mencapai titik hujung dengan norma baharu : Duduk dan Sepi.

Dan di kala ini, semua pihak sibuk. Dan dalam kesibukan itu, kami sempat beramah mesra dengan aktiviti Kempen.

Ahli Panel dalam sesi rakaman, 23.6.2021

untuk maklumat lanjut sila klik link berikut:

emas tempawan buat puteri

Busana Indah Buat rupawan

Sudilah tuan tampilkan diri

bersama madah kata aluan

Khamis, 10 Jun 2021

Sabtu, 15 Mei 2021

SeLaMaT HaRi RaYa

 Ucapan untuk semua pelajar dan alumni di mana pun berada.

Mari berkerja sambil membaca
Mengkaji teori dan amalan semasa
Jari disusun maaf dipinta
Semoga kita bahagia sentiasa




Dari Kami
[1]
Selamat hari raya,Maaf andai ada salah silap.
SOP raya tahun ni.🥰

[2]

[3]


[4]


[5]

[6]
1 Syawal 1442H. Maaf Zahir & Batin. Ikhlas dari Fauzie, Farina, 
Nur Fatin Aqeela & Muhammad Luqman Hamka.

Mantan
[7]
Puan Nani



Sabtu, 8 Mei 2021

TeaMWoRK

 Semester memasuki pertengahan dalam minggu 9 dan sedang berusaha meningkatkan kemahiran di sana sini. Sempena hari pekerja tahun ini, usaha telah dilakukan untuk menguatkan perasaan sekumpulan.

11 tahun 

terinsipirasi dengan jiwa kumpulan dan meski telah bersama selama bertahun-tahun, mereka masih berlatih dalam tempoh yang lama sebelum akhirnya berjaya dipentaskan.

Bersatu itu sukar namun hasilnya adalah kebahagiaan.

Sabtu, 24 April 2021

Keinginan Belajar

 Di kala semester PKP masih berlangsung dan kini memasuki minggu ke-6. Di kala ini juga, kejadian demi kejadian telah terjadi dan satunya adalah kenyataan tentang 'sikap'.

Bila sikap dikaitkan dengan pembelajaran dan dalam tidak bersemuka, maka diri sendirilah yang banyak mempengaruhi. Bezanya hanya pada keinginan kenyataan.

sumber: Peribahasa.Org

Selepas berkali-kali terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan penghantaran tugasan, masih ada yang tidak berjaya menepati waktu dengan alasan yang pelbagai seperti 'lupa'.

Kajian Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar,  dan Norziah Othman (2017) mendapati "sikap kendiri' merupakan salah satu faktor menjadi FAKTOR dalam mempengaruhi keberkesanan pembelajaran secara 'e-learning'. Kenyataannya seperti berikut:

2.4 Sifat Kendiri 
Menurut Bell (2007), E-Pembelajaran (E-Learning) didefinisikan sebagai fleksibiliti dan kawalan bagi seorang pelajar untuk dapat memilih waktu dan tempat untuk belajar serta dapat mengatur kegiatan pembelajaran mereka. E-Pembelajaran (E-Learning) mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri (ASTD & Masie, 2001). 
Perlakuan individu sangat dipengaruhi oleh sikap individu tersebut terhadap sesuatu perkara itu. Sikap yang positif sentiasa membawa kepada perlakuan yang positif dan begitu juga sebaliknya, sikap yang negatif sentiasa membawa kepada perlakuan yang negatif (Manusia et al., 2005).
Ini disokong oleh Bandura (1994) yang mendapati bahawa sikap positif terhadap pembelajaran memberi kesan yang kuat kepada motivasi pelajar. Ini berkait rapat dengan tabiat pelajar itu sendiri sama ada menjadikan penggunan E-Pembelajaran (E-Learning) sebagai satu kepentingan ketika menggunakan internet atau sebaliknya.
Menurut Veloo & Muhammad (2011), tabiat merujuk kepada sesuatu yang dapat dimiliki, konsisten, kaedah pembelajaran berkesan dan tabiat. E-Pembelajaran (E-Learning) membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan (Pengajaran, Pembelajaran, & Di, n.d.) E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang ‗selamat‘ tanpa berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian (Jaya Kumar, 2001). 

Hall dan Lindzey (Abdul Hamid, et al. 1999) menyatakan bahawa ahli psikologi bersependapat bahawa setiap individu ‗boleh‘ dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. E-Pembelajaran (E-Learning) memerlukan motivasi diri sendiri (Pollard & Hillage, 2001; Timura, 1995), dedikasi dan disiplin diri sendiri (Pollard & Hilage, 2001). 
Kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting kerana penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) adalah berpandukan kepada diri sendiri (SHIUNG, 2007).

dan selepas satu, satu tugasan, ada sahaja yang terlepas.

Khamis, 11 Mac 2021

BeLaJaR SeJaRaH

 Mendedahkan asas kepada pembentukan sistem perhubungan perusahaan di Malaysia dengan memahami proses perburuhan sejak zaman kolonial di Tanah Melayu.



Memahami petikan dari Cardozo (1990:25):

"Saya tidak bermaksud bahawa kuasa panduan sejarah, sekuat mana sekalipun pengaruhnya, hanya menghadkan undang-undang untuk masa hadapan kepada pengulangan undang-undang masa kini dan masa lampau, menerangkan yang masa kini, dan tatkala menerangkan yang lampau, menerangkan masa kini, menerangkan yang masa hadapan. 

Kata Maitland, "Kalaupun pada suatu ketika nampaknya ada kemungkinan, yang semangat sejarah (semangat yang cuba untuk memahami jurisprudens klasik Romawi dan Twelve Tables, dan Lex Stalica, dan undang-undang semua zaman dan iklim) akan menjadi fatalistik dan animikal kepada pembaharuan, masa tersebut telah pun berlalu... Hari ini kita boleh memandang kerja penyelidikan sejarah sebagai kerja menghurai dan, dengan yang demikian, meringankan tekanan masa silam terhadap hari ini dan tekanan yang hari ini akan kenakan tekanan terhadap hari esok. Hari ini kita mengkaji hari kelmarin, agar semalam tak melumpuhkan hari ini, dan hari ini mungkin tidak melumpuhkan hari esok"

Sumber: 

Benjamin N. Cardozo. 1990. Sifat Proses Kehakiman, terjemahan Ahilemah Joned. Kuala Lumpur: DBP

Sabtu, 27 Februari 2021

PeKeRJaaN PLaTFoRM

 


Sesuatu yang sedang berkembang hasil kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi dan dirangsang dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Maka wujudlah apa yang diistilah sebagai Ekonomi Gig iaitu kegiatan perekonomian yang diasaskan oleh pelbagai jenis alatan komunikasi. Dengan itu turut memberi kesan kepada corak hubungan pekerjaan yang kabur dan fleksibel.

Secara umum "platfor work' menurut Köhler (2021):

"Platform work – the matching of supply and demand for paid labour through an online platform – is an emerging and growing employment form which still lacks a clear definition, shows a heterogeneity of business models and calls for the regulation of the contract and employment status and the working conditions [6, 7]. It includes both web-based platforms, where work is outsourced through an open call to a geographically dispersed crowd (“crowdwork”), and location-based applications (apps) which allocate work to individuals in a specific geographical area."






Perkembangan ini merupakan suatu bentuk baru pengukuhan dunia kapitalis yang dinyatakan sebagai suatu kesinambungan. Dengan itu, akhirnya turut membentuk kelas pekerja yang baharu. Menurut Kohler (2021) lagi:

"Gig work represents a new form of capitalist work, a new dimension of the recommodification of labour in the context of the shift towards neoliberalism from the 1970s onwards, a new contested terrain to be regulated by politics, labour law, interest groups, etc., a challenge to invent new institutional settings in an emerging field of precarious and flexible work [17]. To a large extent it is low-qualified flexible but standardised work outside regular labour contracts, a sort of digital Taylorism without the Taylorist mass worker [9, 12]. As a new business model, the gig-enterprise represents the complete disintegration of the traditional Fordist organisation and its collective interest groups into a flexible, market-driven, individualised form of enterprise-customer-worker network. “The gig economy can be regarded as the latest stage in the development of atypical forms of employment” ([18]: 36). The institutional form built around the Fordist enterprise with a fixed contractual workforce, collective bargaining and labour relations, labour law, social security, health & safety provisions, fiscal responsibilities and social responsibility is fading away."

Sehubungan dengan itu, kajian lanjut perlu dilakukan bagi memahami dan menilai kesemua fenomena ini. Oleh itu, universiti hadir dengan segala kemampuannya untuk memenuhi tuntutan ini terutamanya di negeri ini yang kini semakin berkembang seperti berkembangnya ia di zaman pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara suatu masa dahulu.

Rujukan

Holm-Detlev Köhler (2021) Riders, Rights and Collective Action

Rabu, 17 Februari 2021

Pemikiran Semula Hubungan Pekerjaan

 Masa berlalu dengan rentak yang berbeza dan membentuk pelbagai implikasi dalam dunia pekerjaan. Perubahan demi perubahan telah mendesak manusia untuk melakukan penyesuaian dan pembaharuan terhadap kerja dan pekerjaan yang dilakukan. Persoalan ini adalah berkaitan struktur pekerjaan yang dihasilkan berdasarkan struktur ekonomi.

Analisis di Kanada pada tahun 1999 memberikan beberapa penjelasan berkaitan perubahan ini, antaranya seperti yang dijelaskan oleh Graham Lowe, Grant Schellenberg dan Katie Davidman (1999:2) bahawa:

 "However, little is known about the diversity of employment relationships – the rights, obligations, expectations, values and rewards that define interactions in the labour market – that are embedded in these work structures, and how they have been evolving in the face of economic restructuring. 

We argue that employment relationships are the building blocks of economic life, where social and economic public policy goals, ranging from productivity to the quality of life, either meet or clash. The public policy framework that supports employers and workers, such as EI, QPP/CPP, Worker’s Compensation, collective bargaining legislation, employment standards, etc., are based
on assumptions about the kinds of employment relations that characterize the labour market. 

Fundamental changes in the ways these relationships are playing out hence have huge implications for the design of these programs. Changing dynamics in the social and economic ‘norms’ with which workers and employers engage in labour market transactions also have implications for the ways in which employers meet the challenges of recruitment and retention, loyalty and commitment, skill development, and staffing flexibility.

 Unions are grappling with how to adapt collective bargaining and organizing strategies to new employment relationships such as outsourcing, temporary and contract work, and teleworking. 

Workers and their families are concerned about economic security and job quality. Yet there has been little work to document the relationships that play out both between workers and employers and between workers in this new set of working arrangements that characterize the modern labour market landscape. CPRN’s Changing Employment Relationships (CER) project is intended to address this information gap."

Sumber:
Graham Lowe, Grant Schellenberg and Katie Davidman (1999) RE-THINKING EMPLOYMENT RELATIONSHIPS, Changing Employment Relationships Series; Canadian Policy Research Network - CPRC Discussion Paper No. W|05- KLIK SINI

Sehubungan dengan itu, fenomena yang sama mungkin berlaku di sini dan kajian lanjut perlu dilakukan untuk memahaminya dari pelbagai perspektif kajian. Sabah yang makmur dengan industri pembalakan telah berubah kepada sektor pertanian dan kini mengorak langkah ke arah sektor perkhidmatan terutamanya Pelancongan dan Pendidikan.













-idea sempena hari istimewa-
27.11.2020 dan 17.2.2021

Isnin, 8 Februari 2021

Semester Berakhir

 Semester ini terasa kelainan..aktiviti membaca skrip peperiksaan telah bertukar dengan REKABENTUK yang baharu...rasanya lebih santai dan kurang tekanan

kususun tugasan mengikut LO dan setiap satunya dibahagikan kepada tiga iaitu Individu, Kumpulan kecil dan kumpulan besar.

setiap topik diNILAI dengan cara yang berbeza.. dan mereka pun bersuara:


kucuba dan kusenyum.

semoga pengalaman semester ini akan mendewasakan kita.

teruskan perjuangan