Alumni

Sabtu, 24 April 2021

Keinginan Belajar

 Di kala semester PKP masih berlangsung dan kini memasuki minggu ke-6. Di kala ini juga, kejadian demi kejadian telah terjadi dan satunya adalah kenyataan tentang 'sikap'.

Bila sikap dikaitkan dengan pembelajaran dan dalam tidak bersemuka, maka diri sendirilah yang banyak mempengaruhi. Bezanya hanya pada keinginan kenyataan.

sumber: Peribahasa.Org

Selepas berkali-kali terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan penghantaran tugasan, masih ada yang tidak berjaya menepati waktu dengan alasan yang pelbagai seperti 'lupa'.

Kajian Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar,  dan Norziah Othman (2017) mendapati "sikap kendiri' merupakan salah satu faktor menjadi FAKTOR dalam mempengaruhi keberkesanan pembelajaran secara 'e-learning'. Kenyataannya seperti berikut:

2.4 Sifat Kendiri 
Menurut Bell (2007), E-Pembelajaran (E-Learning) didefinisikan sebagai fleksibiliti dan kawalan bagi seorang pelajar untuk dapat memilih waktu dan tempat untuk belajar serta dapat mengatur kegiatan pembelajaran mereka. E-Pembelajaran (E-Learning) mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri (ASTD & Masie, 2001). 
Perlakuan individu sangat dipengaruhi oleh sikap individu tersebut terhadap sesuatu perkara itu. Sikap yang positif sentiasa membawa kepada perlakuan yang positif dan begitu juga sebaliknya, sikap yang negatif sentiasa membawa kepada perlakuan yang negatif (Manusia et al., 2005).
Ini disokong oleh Bandura (1994) yang mendapati bahawa sikap positif terhadap pembelajaran memberi kesan yang kuat kepada motivasi pelajar. Ini berkait rapat dengan tabiat pelajar itu sendiri sama ada menjadikan penggunan E-Pembelajaran (E-Learning) sebagai satu kepentingan ketika menggunakan internet atau sebaliknya.
Menurut Veloo & Muhammad (2011), tabiat merujuk kepada sesuatu yang dapat dimiliki, konsisten, kaedah pembelajaran berkesan dan tabiat. E-Pembelajaran (E-Learning) membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan (Pengajaran, Pembelajaran, & Di, n.d.) E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang ‗selamat‘ tanpa berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian (Jaya Kumar, 2001). 

Hall dan Lindzey (Abdul Hamid, et al. 1999) menyatakan bahawa ahli psikologi bersependapat bahawa setiap individu ‗boleh‘ dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. E-Pembelajaran (E-Learning) memerlukan motivasi diri sendiri (Pollard & Hillage, 2001; Timura, 1995), dedikasi dan disiplin diri sendiri (Pollard & Hilage, 2001). 
Kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting kerana penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) adalah berpandukan kepada diri sendiri (SHIUNG, 2007).

dan selepas satu, satu tugasan, ada sahaja yang terlepas.

Tiada ulasan: