Alumni

Selasa, 14 Januari 2025

MiNGGu 13

 Pengajian diteruskan dan kini menghampiri ke hujung semester, sedikit perbezaan dirasakan di tahun baru dan para pelajar berlumba-lumba menyiapkan tugasan mereka. Namun berlaku suatu kejadian yang menganggu kelancaran pembelajaran disebabkan "surat pengecualian' oleh sesetengah pihak kepada pihak yang lain.

Tidak tahu di manakah ia bermula, mungkin sejak PKP bila pengecualian kuliah secara bersemuka, lalu pelbagai lagi pengecualian demi pengecualian. Aktiviti sukan, khidmat masyarakat, kerja lapangan dan pelbagai lagi dan pelajar harus memilih antara Kuliah/Tutorial (asas) dengan aktiviti lain yang dilakukan pada waktu yang sama?

Rumusan & Ulangkaji, 13.1.2025


Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan konteks masa kini, di saat KPT yang begitu teruja dengan AI dan pelbagai agenda pemerkasaan. Meletakkan pelajar dalam situasi harus memilih berada di dua tempat yang berbeza pada suatu masa memerlukan suatu kemahiran dan tindakan bersama? atau para pelajar dengan sengaja mencipta ruang agar dapat memilih sesuatu yang mereka suka dengan cara yang teratur. Apakah beza 'bekas' dan 'api' seperti yang diungkapkan dalam ungkapan Mengisi Baldi (filling the pail) dan Menyalakan Api (lighting fire) yang fokus utamanya adalah graduan?

Mungkin baldi yang diisi telah penuh lalu api dalam diri mereka telah terpadam, atau api yang menyala terlalu membara hingga menyebabkan mereka perlu aktiviti tambahan. Bagaimanakah untuk menyeimbankan antara isi dan api ini?

Namun, apa pun perubahan yang berlaku, 'essence' (pati/makna) kehidupan ini tidak akan berubah, yang berubah adalah aku dan kamu. 

Akhirnya, mari renungkan:

    “Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire.” A famous poet may not have said it.     I may not know who did. But it is true.

        At all levels of education, what we as teachers hope for is that our students will find issues, ideas,         authors, experiments, projects and problems that they find genuinely exciting. We want them to     get   fired up about something. We want education to be about those fires.

sumber: Robert Strong, Tue Oct 15 2013 - 01:00


Tiada ulasan: