Alumni

Jumaat, 12 September 2025

iNTeRN MiNGGu Ke-6

 Beberapa minggu ini, banyak terlibat dalam pelbagai aktviti hingga terlupa catatan di sini

Semenjak berakhirnya peperiksaan akhir pada penghujung bulan Julai, aktiviti membaca diteruskan dengan tumpuan yang berbeza di mana yang dahulu didahulukan.

dan mereka akhirnya tiba ke peringkat seterusnya.

4.8.2025

Sedikit perbezaan kerana terdapat banyak kejadian dan banyak kenangan kerana mereka adalah batch pasca covid-19. 

Mereka bukan Malas 
cuma Kurang Rajin
113 orang dengan pelbagai Cara




dan pelbagai soalan datang menerpa dan pengalaman di organisasi pastinya berharga buat mereka, 
dan di saat ini mereka sedang berusaha menyiapkan kajian singkat untuk melengkapkan laporan akhir

GoodLuck Semua!




Jumaat, 22 Ogos 2025

SeMeSTeR BeRCuTi

 Kembali bertemu setelah sekian lama menyepi, kini adalah semester cuti, dan ada semester pendek.

Beberapa peristiwa sepanjang bulan 5 6 dan 7

  1. Seminar IRB, 7 Mei
  2. Program SULAM, 13-15 Jun
  3. Bengkel Kaedah Penyelidikan, 20-23 Jun
  4. Minggu Hubungan Industri, 
  5. Jamuan makan malam untuk tahun akhir, 
  6. dan banyak lagi

Aksi

Pelajar Pasca



Bengkel Kaedah Penyelidikan 

dan kini, pelajar-pelajar tahun akhir sedang menikmati saat Latihan Industri di tempat pilihan masing-masing.

Semoga sukses!!

Sabtu, 12 April 2025

Minggu Ke-4

 Kembali semula ke kampus setelah bercuti seminggu dan kuliah dalam talian selama 3 minggu termasuk minggu hari Raya. Aku merasakan sesuatu yang aneh: menyambut tahun 3 di semester akhir mereka dan bertemu buat pertama kali untuk pelajar baharu dalam semester 2.

Kisah Semester akhir

Mereka telah diberikan tugasan ADAS tanpa diberitahu bila tarikh terakhir dan tiba-tiba lepas seminggu ruangan telah ditutup dan hanya beberapa orang yang berupaya untuk melakukan tanpa menunggu saat akhir.

Manusia Berubah

dan saat kuliah ke-4, aktiviti untuk SULAM telah dimulakan dengan mereka tidak bersetuju untuk ahli kumpulan ditetapkan berdasarkan AUTO di Itel.

Kisah Semester 2

Ramai Selalu Damai

Kisah berbeza, mereka seperti telah bersedia untuk menerima apa sahaja, keterujaan dalam kuliah dalam talian diteruskan dengan pertemuan bersemuka pertama pada khamis lepas. Buat pertama kalinya ruangan depan benar-benar kosong seperti semua memilih untuk duduk di belakang. dan kerana itu, hampir kesemua pelajar lelaki telah tampil ke depan dengan satu arahan. Meski mereka tidak selesa, tetapi mereka tetap tabah.
Sesi foto diteruskan dengan trend semasa, nantikan gerakan mereka.

Good Luck semua!


Jumaat, 14 Mac 2025

BaNYaK CeRiTa

 Hari ini dijangkakan keputusan untuk semester 1 sesi 2425 akan dapat diakses dalam SMP, satu kelainan yang dirasakan sebab semester baharu akan bermula minggu hadapan, 17.3.25.

sebahagian dari semuanya

Kesibukan 2 minggu lepas menyaksikan banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang masa tersebut.

Bersama Penilai Luar

acara demi acara datang menimpa-menimpa:
1. Exam
2. Sukarts 2025
3. Majlis Apresiasi
4. Iftar Perdana

lalu bagaimanakah dengan kerja-kerja penulisan dan persidangan. Masih diteruskan dengan semangat ramadhon.

Selamat datang 

Mentoran




Isnin, 27 Januari 2025

SeLaMaT MeMBaCa

 Akhirnya pembelajaran untuk semester ini telah sampai ke kemuncaknya. Tekanan kurang dirasakan kerana datangnya bersama dengan cuti persekolahan dan ramai yang cuba untuk merehatkan diri.

Membaca 

Selamat Membaca di mana pun anda berada!


Selasa, 14 Januari 2025

MiNGGu 13

 Pengajian diteruskan dan kini menghampiri ke hujung semester, sedikit perbezaan dirasakan di tahun baru dan para pelajar berlumba-lumba menyiapkan tugasan mereka. Namun berlaku suatu kejadian yang menganggu kelancaran pembelajaran disebabkan "surat pengecualian' oleh sesetengah pihak kepada pihak yang lain.

Tidak tahu di manakah ia bermula, mungkin sejak PKP bila pengecualian kuliah secara bersemuka, lalu pelbagai lagi pengecualian demi pengecualian. Aktiviti sukan, khidmat masyarakat, kerja lapangan dan pelbagai lagi dan pelajar harus memilih antara Kuliah/Tutorial (asas) dengan aktiviti lain yang dilakukan pada waktu yang sama?

Rumusan & Ulangkaji, 13.1.2025


Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan konteks masa kini, di saat KPT yang begitu teruja dengan AI dan pelbagai agenda pemerkasaan. Meletakkan pelajar dalam situasi harus memilih berada di dua tempat yang berbeza pada suatu masa memerlukan suatu kemahiran dan tindakan bersama? atau para pelajar dengan sengaja mencipta ruang agar dapat memilih sesuatu yang mereka suka dengan cara yang teratur. Apakah beza 'bekas' dan 'api' seperti yang diungkapkan dalam ungkapan Mengisi Baldi (filling the pail) dan Menyalakan Api (lighting fire) yang fokus utamanya adalah graduan?

Mungkin baldi yang diisi telah penuh lalu api dalam diri mereka telah terpadam, atau api yang menyala terlalu membara hingga menyebabkan mereka perlu aktiviti tambahan. Bagaimanakah untuk menyeimbankan antara isi dan api ini?

Namun, apa pun perubahan yang berlaku, 'essence' (pati/makna) kehidupan ini tidak akan berubah, yang berubah adalah aku dan kamu. 

Akhirnya, mari renungkan:

    “Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire.” A famous poet may not have said it.     I may not know who did. But it is true.

        At all levels of education, what we as teachers hope for is that our students will find issues, ideas,         authors, experiments, projects and problems that they find genuinely exciting. We want them to     get   fired up about something. We want education to be about those fires.

sumber: Robert Strong, Tue Oct 15 2013 - 01:00


Rabu, 1 Januari 2025

2025

 Minggu ini masih dalam suasana percutian dan kuliah telah dilakukan secara dalam talian menyaksikan cuti telah berlanjutan kepada dua minggu lamanya. Seronok menyambut tahun baru bersama sanak keluarga.

Petang 30.12.2024
Dengan itu juga minggu semester telah memasuki minggu ke-10 dan bermakna peperiksaan akhir semakin hampir.

Tahun baru apa yang baharu?