Semester diteruskan dengan satu lagi minggu percutian di saat kuliah memasuki minggu ke-11,
![]() |
Senja @ ODEC UMS |
Selamat bercuti
Mereka adalah generasi Covid-19, mendaftar pada tahun 2021 secara digital, bermesra dalam talian dan masuk bersemuka pada semester ke-3 atau ke-5?
dan semalam hari bahagia buat mereka, semoga terus belajar dan belajar.
![]() |
Petang membawa ke Senja |
Seminggu telah berlalu dan banyak foto dan video telah terakam di hari kejadian, namun kesibukan membatasi masa. Buat masa ini, terimalah.
Kenangan itu dicipta
Ungkapan yang sederhana namun membawa makna yang besar. Ditujukan kepada semua alumni yang telah bersusah payah untuk hadir ke MAJLIS JAMUAN SIRIH PULANG KE GAGANG ALUMNI FSSK UMS.
Tayangan sempena malam tersebut berdasarkan maklumbalas dari alumni.
Kepada semua alumni yang berada di mana sahaja, selamat datang dan kembali ke alma mater. Semoga dipermudahkan segala perancangan
2 bulan tanpa coretan, seakan-akan tiada kejadian, namun percayalah semuanya seperti biasa di sini. Kitaran semester itu tetap berulang dengan sikap dan kejadian yang sama. Menjelang Jamuan sirih pulang ke gagang hujung minggu ini dan di kala mereka sedang lena dengan cuti pertengahan semester.
![]() |
Rehat tapi Membaca |
Sukacita dimaklumkan pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan mengadakan Majlis Pertemuan Semula (Reunion) bagi semua graduan:
Majlis adalah seperti berikut:
30.11.2024, Hyatt Regency KK |
![]() |
Makan Malam FSSK |
MARI SEMUA... nampak macam lama lagi? tapi masa berlalu terlalu pantas, daftar sekarang...
terima kasih
![]() |
17.7.2024, DKP UMS |
![]() |
Bertekad Cemerlang |
Perjalanan menuju ke hujungnya dengan pelbagai aktiviti masih membelenggu. Dan pada hari kuliah ini, kubiarkan mereka dengan aktiviti mereka dan kuliah telah diganti ke malam hari dan kemudian ke pagi hari.
![]() |
20.6.2024, 4.30 pm |
Duduk
aku dengar
aku tulis
lalu aku tersenyum
dan di depan mereka
para pelajar
diam dan dengar
lalu mencatat
Nukilan: Seseorang @ UMS
Mengembalikan nostalgia di saat awal-awal pengajaran AH10203 Sejarah Perburuhan di Malaysia. Saksikan video hasil tugasan kumpulan mereka.
Terima kasih kepada Tuan Haji Kassim Bin Muhammad Ali atas kesudian untuk ditemuramah. Semoga memberi inspirasi kepada kita semua
![]() |
Kumpulan Mereka |
Tradisi diteruskan dengan jamuan makan malam bagi meraikan sepatutnya tahun akhir yang bakal bergraduan tidak lama lagi. Namun penyesuaian telah dilakukan apabila ramai di kalangan tahun akhir yang tidak berkesempatan hadir .
![]() |
Perasmian dan kek |
Terima kasih atas makanan dan kenangan.
Lagu dan tarian mengisi waktu
Hari guru dan kebiasaan untuk mengucapkan selamat dan terima kasih termasuklah kepada para pensyarah dan dua hari sebelum itu, 14.5.2024 kami telah lakukan sesuatu..
Selepas lama menyepi, hanya kata pemberi petua, hari ini tergerak diri untuk melatih diri dan mereka untuk memahami satu lagi peringkat dalam proses kajian.
hasilnya terbentuklah tema dan koding dan benarlah kenyataan bahawa bila bertemu akan banyak dapat dikongsikan.
![]() |
21 Ramadhon 1445H |
Ramadhon memasuki hari ke- iaitu pada hari khamis dan satu lagi kuliah untuk semester ini bagi mereka yang memasuki semester ke-2 dari 6 semester. Berbekalkan sedikit aktiviti di alam maya, mereka telah hadir dengan semangat dan keinginan masing-masing.
Meneruskan tradisi membentuk kumpulan kecil bagi tugasan. Suasana panas dan perut yang kosong telah mengurangkan sedikit semangat.Buat mereka ambilan tahun 2001-2024, keadaan sedikit berbeza apabila tinjauan di alam maya seakan menunjukkan tiada respon. Hanya 15 orang yang menyatakan mereka telah bersedia dan apa pun keadaannya, kuliah pertama telah diadakan di petang hari, di saat puasa memasuki hari ke-8.
Hadirnya di bulan Ramadhon (7) dan dalam suasana yang bercampur baur, sebahagian ingin terus dalam talian dan sebahagian lagi akan hadir ke kampus. Alasan mereka, raya akan tiba dan kos perjalanan akan meningkat terutama yang berada di Malaysia Barat. Namun begitulah keadaannya.
![]() |
5 Ramadhon |
Selamat kembali ke kampus kepada mereka yang akan kembali dan kepada yang masih berada di sana, bergembiralah dengan keluarga di samping pembelajaran dalam talian.
Minggu peperiksaan tiba lagi setelah lebih kurang 14 minggu bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan pengajian. Pelbagai tugasan telah disiapkan dan kini saatnya untuk menguji daya taakulan dan keupayaan penulisan. Semoga apa yang dibaca dapat diterjemahkan ke dalam tulisan sesuai dengan tahap pengajian masing-masing.
![]() |
Menikmati Indahnya Kampus |
Selamat Menjawab!!
Selamat tahun baharu 2024 dan di minggu kedua tahun ini sesi perkuliahan menuju penghujungnya. Semua itu berlaku semalam 11.1.2024 di saat kebanyakan warga masih lagi dikejutkan dengan isu air yang masih berlaku.
Memandangkan ini adalah kuliah penutup dan selama lebih kurang 6 minggu kuliah dilakukan secara chat di ruangan Microsoft Team, amalan biasa telah diteruskan. Tinjauan pendapat untuk kuliah petang tersebut dan ternyata ramai yang memilih untuk berada dalam talian. Namun, setelah menilai keadaan semasa dan keadaan cuaca, aku memutuskan untuk mengadakan kuliah DKP 6. Alasan kuberikan hanya untuk sebuah lagi foto kumpulan.
![]() |
W for Wiki (foto:Mix) |
dan dikesempatan itu, kuliah berjalan seperti biasa dengan fokus kepada retrospek (throwback) sepanjang 14 minggu. Penilaian turut diberikan terhadap tugasan demi tugasan dan mereka memberi respon yang pelbagai. Pelbagai perkara dapat diperhalusi, antaranya kebiasaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan di saat akhir. Suatu kebiasaan yang telah menjadi amalan dan kini menjadi budaya sejak bertahun lama. Sampai bila ini akan berlaku?
Dan terbukti selepas semalaman, respon terakhir hanya 7 respon yang diterima.
mungkin mereka keletihan atau sistem yang tidak menyokong.