Alumni

Selasa, 12 Disember 2023

KoNVo UMS 25

 Harinya pun tiba dan sekalian ahli pun hadir dengan busana dan perhiasan seadanya. Berkumpul seawal pukul 7.00 pagi, majlis diteruskan sehingga pukul 12.00 tengahari dan acara diakhiri dengan sesi bergambar di sana.

Sebahagian per/87

Panas terik dengan pakaian setebal itu, semuanya untuk satu lagi kenangan graduasi. Mereka ini adalah generasi mendaftar di saat pandemik covid-19 melanda satu dunia. Dengan pelbagai karenah mereka tetap tabah dan akhirnya dapat ketemu di semester akhir.

Tahniah untuk semua.

Pesanku: Jadilah manusia yang manusiawi!

Lebih banyak album akan menyusul. Saksikan Rakaman siaran langsung 12.12.2023



Jumaat, 8 Disember 2023

MeNJeLaNG KoNVo-25

 Musimnya tiba lagi, selepas lebih kurang 2 bulan berehat, mereka akan diraikan pada majlis tersebut.

12.12.2023

dan sempena itu, terimalah kenangan di awal tahun ini..

Selamat Berkonvo!!




Isnin, 4 Disember 2023

HaRi KeLuaRGa 2023

 Hampir 3 tahun terputus kesan wabak covid-19, tradisi ini kembali dengan perasaan yang bercampur baur. Mereka hadir dengan baju seragam baharu, namun warna gelap bukanlah pilihan yang baik untuk suasana pantai ODEC yang ceria.

Berjaya dengan sedikit halangan

aku hadir dengan spedaku dan terciptalah pelbagai aksi meski terasa agak kurang padu kerana pecahan-pecahan sukaneka seolah-olah 'pesta ria (fun fair)'. Aku jadi rindu pada kenangan lalu 

03.12.2023, ODEC UMS

dan bilangan AJK yang terlalu ramai merimaskan keadaan.

Gabungan Semua


Nantikan lebih banyak aksi di FB mereka
https://www.facebook.com/HA12HubunganIndustri/
atau di Tiktok mereka:





Isnin, 16 Oktober 2023

MiNGGu PeRTaMa Sem 1 2324

 Semester baharu bermula lagi dan kali ini di bulan oktober sehari selepas hari bersama pelajar baharu. Kami telah bermula dengan biasa, namun sesuatu yang luar biasa telah berlaku dan ianya berlaku dengan begitu sahaja. Apa yang pasti...kegiatan mencipta kumpulan masih berlangsung. Sejam pengenalan, 20 minit tayangan video role play dan selebihnya bina kumpulan.

Sebahagian dari Semua

Dan di malam hari telah heboh satu Malaysia, mereka saling berpanggilan di dunia maya, kununnya ada pensyarah telah viral. Hanya peduli selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat UMS..eh kita sudah FYP....dan sehingga kini masih terkejut.
Selepas 3 hari: 1 Juta View

ikuti kisah selanjutnya di Rileklah.com dalam ruangan VIRAL yang antara lain menulis: 

"Pensyarah Paling Sempoi!" - Aksi Pensyarah Masuk Kelas Naik Basikal Jadi Bualan

VIRAL
Dan asalnya bermula di sana:

penat kadang-kadang dapat lecturer random HAAHAHAHAH



https://www.tiktok.com/@nrfqasyrhs/video/7289041270897478914?_r=1&_t=8gULtr89N3J

dan sehingga kini komen terus bertambah dan bermacam pengalaman telah masuk tentunya dari senior lama dan baharu.

dan satu lagi dari Daebaking..

Berbasikal Masuk Ke Dalam Dewan Kuliah, Gelagat Pensyarah Ini Buat Ramai Terhibur

198

Mari Membaca

Khamis, 12 Oktober 2023

MaKLuMaT KuRSuS

 Penawaran kursus diteruskan mendahului pembukaan semester baru bagi Sesi 2023-2024. 

Kursus demi Kursus

Maklumat yang mencukupi akan membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang 3 tahun berada di sini.
 Kohort demi kohort datang dan pergi.

Selamat maju jaya. 



Isnin, 2 Oktober 2023

PRoFeSoR aDJuNG

 Menjelang bermulanya semester baharu bagi sesi 2023-2024, perbincangan awal telah dilakukan bagi menjayakan kehadiran Profesor Adjung ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Pertemuan Pertama

Antara fokus perbincangan merangkumi peranan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang 2 tahun ke hadapan.

Maklumat Lanjut:

Khamis, 14 September 2023

MiNGGu 7 PRaKTiKuM

 Di kala teman-teman sedang menghadirinya, mereka fokus kepada tulis dan baca. Menulis pada tahap ini menulis secara ilmiah, menulis dengan tujuan untuk memecahkan beberapa persoalan berdasarkan tajuk yang dipilih.

Senyum menanti masa depan

semoga mereka tetap membaca dan menulis


Isnin, 31 Julai 2023

PRaKTiKuM

 Selamat menempuh tugasan terakhir

31.7.2023

Setelah 2 minggu sebelumnya bertungkus lumus dalam peperiksaan akhir
Tenang dan Yakin

Selamat maju jaya!!




Jumaat, 7 Julai 2023

aNoTHeR FiNaL HYBRiD

 Teaching 2 courses with the number of 100 each courses need more energy and to maintain the interest need another spirit. When the ratio an ideal for each process, we need to give our best.

After about 14 weeks, here another courses with the variety of student.

Following the survey before the class


Almost of them are voting for online class while some of them preferred to attend the lectures in DKP, so I'm decide to conduct hybrid lecture. During this small and different situation while rainy on the outside, we cover two topics and as a conclusion, we learn back what are we learn during the semester. Not much but worth it.
Before (2 weeks ago)
https://ha12umstudent.blogspot.com/


Finally my words to them: "If we want to changed, we need to changed right now, if not the majority will lead the changed" and giving them a shot thinking to think?

What happened on the past will be happened again in Future?

All this experience create who are we today and some of them have been archived in our new chapter in book: Nurturing Digital Natives' UMS Industrial Relations Programme Experience


Selasa, 4 Julai 2023

FiNaL HYBRiD

 Finally the second semester of this session coming to the end, and now is 14 week and we need to do the revision before the final exam. After discuss and mentioned about my intention to do an online class, they ask for face 2 face lecture and it's happened.

Half from All 
During this cloudy afternoon we doing a revision of what we learn during the semester following the course learning outcome. They just smile and we are watching our SULAM video from 3 groups: October, Mei and January.

After that, the photo session and today we are inside lecture hall (DKP 28). Few words from me:
"jadilah manusia yang manusiawi" , 'Serlahkan potensi anda" and "biar nakal tapi sopan"!

Good luck for final exam.



Isnin, 19 Jun 2023

SULAM@SFI 2023

 Aktiviti diteruskan dengan sesi Pengajian (batch) yang berbeza. Setelah lama merancang, akhirnya kami berkumpul.

Hari Ketiga

Maklumat lanjut akan datang, cuaca mendung dan cuaca cerah menjadi teman dan mereka pun beraksi
Hari ke-2 17.6.2023

Menghubungkan yang dahulu dan sekarang memerlukan kesinambungan dan fokus yang tersendiri. Kembali ke SFI selepas program SULAM 2022 https://ha12umstudent.blogspot.com/2022/06/. Pengalaman berbeza dengan suasana yang berbeza.

Beberapa perkembangan telah dikenalpasti:
1. Penginapan di luar SFI
2. Dewan tidak dapat diakses
3. Tidak dapat melawat kawasan pentadbiran/Pejabat SFI

Sehubungan dengan itu, aktiviti utama banyak dilakukan di penginapan dengan memfokuskan kepada 2 aktiviti utama iaitu:
1. Bersama JTK Sipitang
2. Bersama STIEU

Hasilnya adalah kenangan dan pengalaman sebenar kepada peserta yang ramai antara mereka merupakan penglibatan pertama sepanjang 3 tahun disebabkan mereka adalah batch 2020 di mana bermulanya wabak covid-19.


Terima kasih kepada semua, 


Isnin, 29 Mei 2023

CuTi PeRTeNGaHaN

 Meski agak sedikit lewat dari kebiasaan iaitu minggu ke-8, cuti pertengahan semester kali ini agak istimewa kerana ia sekali dengan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

28.5.23 @Imago KK

Selamat menikmati hari perayaan dan jangan dilupa tugasan sedia ada.

Mari Membaca!!

Khamis, 25 Mei 2023

JaMuaN

 Khabarnya kesan suasana hari raya sepanjang bulan, lalu mereka pun terdetik untuk menjamu sekalian rakan dan taulan. Hasilnya terjadilah berikut:

Kami yang slayy...

terima kasih kepada semua

lain masa jemputlah lagi


Isnin, 22 Mei 2023

KaRNiVaL SuKaN

 Di bulan raya mereka beraksi
dan akhirnya mereka berjaya
semua sekali turut menyertai
untuk perpaduan sesama kita

Johan Bola Jaring
Juara

Nantikan lagi!!

Johan Sepak Takraw

Senyum tak senyum

dan hasilnya NAIB JOHAN KESELURUHAN

separuh dari 300 lebih

Semoga semangat kesukanan diteruskan di dalam semangat pembelajaran.

Tahniah guys!!


Jumaat, 31 Mac 2023

BeRSaMa LaGi

 Amalan diteruskan dengan sedikit hiburan di hari pertama pertemuan.

Ramadhon ke-7

Cubaan untuk beraksi di luar tersekat setelah hujan turun mendadak.
Semoga terus semangat.
Antara pesanku:
Mari Membaca!
Aktiviti 1


Khamis, 30 Mac 2023

BeRSaMa

 Tradisi diteruskan pada kuliah pertama, 

6 Ramadhon 1444 H
lalu tercipta sesuatu

[8:02 AM] MAHADIRIN AHMAD

Puisi Bersama

[8:03 AM] MAHADIRIN AHMAD

Mulanya

Sejak lama

di Minggu Pertama

semua secara bersama

[8:04 AM] MAHADIRIN AHMAD

Dahulu

Hanya Kamera

kubawa ke sana sini

 [8:05 AM] MAHADIRIN AHMAD

Kini

semuanya ada

lalu mereka 

sempat bersama

[8:07 AM] MAHADIRIN AHMAD

Mengukir senyum

Mengatur gaya

sederhana tetapi Indah

[8:08 AM] MAHADIRIN AHMAD

Semoga senyuman

akan mekar

hingga bila-bila

[8:09 AM] MAHADIRIN AHMAD

Nukilan: seseorang

Kota Kinabalu

30.3.2023/8.09 am



Selasa, 28 Mac 2023

SeM 2 BeRMuLa 22/23

 Awal semester di bulan ramadhon, 

selamat datang kepada semua

2018
Terus bersemangat


Rabu, 8 Mac 2023

Sesuatu

 

kiri satu kanan satu

AKTIVITI 2 – MENGIRA MEJA KERUSI

Sebelum mengira, anda diminta untuk membuat anggaran terlebih dahulu. Sila tunjukkan anggaran dan jumlah sebenar dalam borang yang disediakan.

Berikut adalah kawasan anda:

Kumpulan 1: BS 1.4

Kumpulan 2: BS 1.4

Kumpulan 3: BS 1.5

Kumpulan 4: BS 1.5

 

Rabu, 22 Februari 2023

MaSaK & eXaM

 Semangat dan kerjasama di luar kebiasaan, lalu terhasil pelbagai juadah.

Makanan dan kreativiti semuanya di minggu yang sudah

15 Februari 2023



Jumaat, 10 Februari 2023

MiNGGu 15

 Meneruskan tradisi dengan tema yang berbeza, Kempen pada kali ini memfokuskan kepada tema undang-undang dan realiti pekerjaan. Tumpuan masih lagi terhadap usaha untuk memperkasa fungsi dan peranan kesatuan sekerja dengan menggabungkan 3 perspektif yang berbeza. Pertama berkaitan realiti di tempat kerja, pengalaman dalam kajian berkaitan kesatuan sekerja dan usaha pada masa hadapan untuk membentuk museum berkaitan pekerjaan. Saksikan bahagian pertama seminar tersebut


Bahagian I: Majlis Perasmian
Bahagian II: Sesi Syarahan dan Soal Jawab (akan datang)


Maklumat lanjut boleh diperolehi di ruangan berikut:

Jumaat, 3 Februari 2023

PuiSi PeLiK Di PaGi JuMaaT

 Selamat datang ke Dunia Pelik

di mana semua warganya adalah KETUA
mereka bebas membuat sebarang keputusan
mereka seperti tidak memperdulikan orang lain
mereka seperti bersatu
namun mereka sebenarnya berdua
seakan mereka pandai bermuka-muka

-satu lagu dulu-


Mereka baru semester 3
namun lagaknya seperti semester 6
aduh siapakah yang mengajar mereka begini
aku atau mereka
atau siapa
mungkin mereka belajar dengan cikgu Maya (0NLINE)?
-PUISI PELIK DI PAGI JUMAAT-
Nukilan: Seseorang, 3.2.2023/ 8.19 am



Rabu, 18 Januari 2023

KaRNiVaL OSHVAL 2022

 Tradisi diteruskan untuk mereka di semester 3 semasa Pengajian memasuki Tahun ke-2.

Bersama PERKESO Sabah
Menurut mereka:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada orang awam dan khususnya mahasiswa/itentang keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan. Oleh hal yang demikian, Program ini dijalankandan dijadikan Platform untuk memperkasa kemahiran mahasiswa/I dari aspek kepimpinan, autonomidan kebertanggungjawaban dalam pelaksanaan kempen kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaandalam organisasi.

Lalu acara pun di atur.

Kipidap!!


Khamis, 12 Januari 2023

PuNCaK UMS

 Hari rabu, hari untuk aktiviti luar bilik darjah atau dalam bahasa pendidikannya ko-kurikulum. Aktiviti ini bertujuan untuk melengkapi aktiviti di dalam bilik darjah atau di sini lebih mesra di panggil dewan atau bilik kuliah yang kini dikatakan telah berubah kepada berpaksikan kepada mahasiswa berbanding pendekatan lama yang lebih berpaksikan kepada Pensyarah.

Lapang di Puncak

Lalu pelbagai usaha telah digerakkan dan di awal tahun 2023 aktiviti Menuju Puncak.


kata mereka:
"Dr.! jom bergambar!, seperti selalu..aku kata: "Jom!" sambil ingin kutanya di mana yang lain?

11/300 .



Selasa, 10 Januari 2023

MiNGGu DuA BeLaS

 Pembelajaran diteruskan di sini dalam suasana kampus yang semakin bertambah baik. Pertama, kini terdapat banyak Pintu Keluar Masuk ke UMS sebagai alternatif. Kedua, penambahan bas bagi pelajar dan nampak di sana sini bukan hanya MaxFreight tapi ada juga bas berwarna putih dengan tulisan Tedar. Namun, masalah lain kedengaran iaitu masalah air yang turut dirasakan oleh masyarakat setempat. Meski dalam keadaan begitu, politik negeri Sabah tiba-tiba goyah kerana Langkah Kinabalu.

Dan dalam keadaan itu, pembelajaran di sini diteruskan dengan kukesan beberapa perubahan melibatkan tingkahlaku mahasiswa yang disifatkan sebagai millenial.

Sempat hadir dalam talian


Semoga kecemerlangan UMS akan terus dipacu dan kita bersama dapat memajukan negeri Sabah.