Alumni

Jumaat, 26 Julai 2024

SeLaMaT BeRMuLa

 Perjalanan mereka diteruskan setelah hampir bertahun-tahun di sini bersama suka dan bersama kisah.
17.7.2024, DKP UMS


Tiap batch punya cerita masing-masing. Semoga semuanya terus tabah dan menunjukkan prestasi seperti mana yang dirancang.
Bertekad Cemerlang

Tahun satu mereka sebegitu
tahun kedua masih sebegitu
tahun ketiga begitu begini

Semoga Maju Jaya




Mari Membaca

Jumaat, 21 Jun 2024

MiNGGu HuJuNG

 Perjalanan menuju ke hujungnya dengan pelbagai aktiviti masih membelenggu. Dan pada hari kuliah ini, kubiarkan mereka dengan aktiviti mereka dan kuliah telah diganti ke malam hari dan kemudian ke pagi hari.

20.6.2024, 4.30 pm

Dunia Sejarah Kita

Duduk

aku dengar 

aku tulis

lalu aku tersenyum

dan di depan mereka

para pelajar

diam dan dengar

lalu mencatat

Nukilan: Seseorang @ UMS


Selasa, 11 Jun 2024

MeNToRaN

 Sempena minggu mentor-mentee Fakulti, mereka datang dengan senyuman dan sedikit jamuan. Hanya tahun 1 yang berkesempatan hadir, tahun 2 dan tahun 3 entah ke mana.

Separuh dari semua: 7/14?

Pesanku pada mereka:

1. Fokus

2. Berseronoklah


bersahaja kata orang sekarang santai