Alumni

Jumaat, 8 April 2022

BeRuBaH

sentuhan edit: Eve

 Menelusuri perubahan demi perubahan dan mereka telah mengatakan bahawa:

 "As we have suggested, there is no consensus definition of an employment relationship. One reason for this is that employment relationships have been examined from various angles by different social science disciplines. Researchers in each academic specialty approach employment relationships with a specific set of assumptions and research questions " (Lowe, et.all, 1999:15) 

dan kukatakan kepada mereka

"bah...selamat membaca guys...
lagi banyak dibaca...lagi baca maklumat
banyak yang sudah dibaca 
rupa rupayanya banyak lagi yang belum dibaca"

Bacaan Lanjut

Mari Membaca

Selasa, 5 April 2022

BaHaGia yaNG TeRTaNGGuH

 Selepas 2 tahun kesan PKP, akhirnya majlis bahagia untuk mereka telah menjelma di penghujung bulan Mac dengan SOP yang ketat.

Apa yang dapat kuhasilkan, hanyalah 


Semoga kenangan lama kembali mekar dan teruslah berjuang walau di mana pun letak diri.

Untuk kenangan sejak 2017 bolehlah klik sini

Sabtu, 12 Februari 2022

KeMPeN PeRuNDaNGaN-

 WEBINAR HAK DAN PERUNDANGAN BURUH: PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH*

Untuk makluman semua, 

Pelajar Tahun 2, AH20203 Undang-Undang Perburuhan [1-2021/2022] telah mengadakan WEBINAR PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH yang bertemakan HAK DAN PERUNDANGAN BURUH

29 Januari 2022, 9-12 pm, Webex

Kerjasama antara pelajar dan pihak kesatuan. Semoga mereka telah mempelajari sesuatu sesuai dengan matlamat L011- iaitu Etika dan Profesionalisme.

SAKSIKAN RAKAMAN DI RUANGAN BERIKUT
HA12-NOTICED BOARD

Antara maklumbalas dari mereka:

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by 00 - Saturday, 29 January 2022, 11:47 AM
 Terima kasi Dr atas bimbinganya. Daripada program yang telah dianjurkan oleh para panel
 dan moderator luar dan rakan sepasukan kita. Saya dapat mempelajari kesatuan sekerja
 mempunyai pelbagai cabaran dan juga kepentingannya. Dan juga peluang untuk memahami
 kedudukan sebenar kesatuan sekerja itu masih jauh ,akan tetapi selagi berusaha pasti 
membuka mata ramai orang. Kemahiran yang telah saya pelajari hari ini adalah pentingnya 
peranan media sosial bagi menhebahkan aktiviti yang akan diadakan. Oleh itu,dapat disimpulkan 
bahawa ilmu itu ada di sekeliling dan sekitar kita. 

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by  S - Saturday, 29 January 2022, 12:12 PM
 Apa yang berjaya saya pelajari hari ini ialah kesatuan sekerja berperanan dalam menjaga
 hak dan kebajikan pekerja dan banyak cabaran yang dilalui oleh kesatuan sekerja untuk 
mempertahankan hak-hak pekerja agar tidak ditindas sesuka hati oleh majikan.
Kemahiran yang saya berjaya pelajari dalam seminar ini adalah kemahiran berkomunikasi. 
Komunikasi yang baik amat penting untuk memastikan kelancaran sesebuah program. 

Selain itu saya mempelajari bahawa menjadi seorang moderator bukanlah satu perkara 
yang senang ..moderator perlu memainkan peranan dengan baik dalam menjalinkan 
komunikasi dua hala bersama panel agar apa sahaja ilmu yang ingin di sampaikan dapat 
difahami oleh penonton. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya di samping 
mendidik saya untuk membiasakan diri berkomunikasi dengan orang sekeliling.


dan banyak lagi...


terima kasih pada semua. 

|  |