Alumni

Rabu, 14 Disember 2022

HaRi BaHaGia

 Buat kali ke-3 dalam tahun yang sama, proses konvokesyen berjalan lagi.

Kukatakan pada mereka,,,

12.12.22

semoga mereka terus berjaya dengan jayanya.


Isnin, 5 Disember 2022

SeMPeNa CuTi- MiNGGu 8

 Proses pembelajaran diteruskan dan kini memasuki minggu ke-8, sedikit terganggu kesan berulangkalinya cuti UMUM yang disambut pada hari ISNIN.

Sehubungan dengan itu, satu tinjauan telah dilakukan untuk kuliah gantian pada musim cuti. Maka hasilnya adalah:

Keputusan Muktamad Kuliah Gantian
Responses Setuju 32 (36.36 %) Tidak Setuju 56 (63.64 %)

Kerana itu, rehat adalah keputusan yang tepat.

cuti itu nikmat

SELAMAT BERCUTI by MAHADIRIN AHMAD Dr. - Monday, 5 December 2022, 8:29 AM   Assalamualaikum dan selamat pagi, Selamat bercuti kepada semua. Semoga cuti ini memberi kerehatan dan mengeratkan lagi tali persaudaraan dengan keluarga di kediaman masing-masing Jangan lupa membaca Terima kasih

 

Jumaat, 25 November 2022

TuToRiaL

2 tahun terhenti lalu kembali dengan semangat dan suasana yang sama, lalu mereka pun bersuara..

Senyum 

for the same effort, during the first discussion, all members need to do an introduction ..name, hometown and expectation and they start to perform..


Selasa, 1 November 2022

uLaNGKaJi

 Cara yang berkesan untuk memahami perkembangan sesuatu ilmu adalah dengan cara memahami perkembangan konsep, pendekatan dan teori yang dibangunkan. Dalam konteks hubungan industri dan pekerjaan, sesuatu perlu dinilai bagi menyumbang kepada perkembangan tersebut. Namun keadaan sedikit terbatas kesan fokus yang teralih arah.

Mari ulangkaji:

INVISIBLE HANDS, INVISIBLE OBJECTIVES: BRINGING INDUSTRIAL RELATIONS INTO FOCUS IN THE NEW WORLD OF WORK, ORGANIZATIONS, AND EMPLOYMENT 

Professor John W. Budd Center for Human Resources and Labor Studies University of Minnesota 321 19th Avenue South, Suite 3-300 Minneapolis, MN 55455-0438 USA

This paper helps bring industrial relations into focus by emphasizing explicit models and explicit objectives of the employment relationship. An analytical framework is presented that is based on four models of the labor market and employment relationship—the egoist, unitarist, pluralist, and critical employment relationships—and three objectives—efficiency, equity, and voice. The importance of this framework for understanding central issues in the new work of work, organizations, and employment will are demonstrated through its application to labor law and public policies on work, employee voice mechanism s, and human resource management practices.

full article: http://www.ilera-directory.org/15thworldcongress/files/papers/Track_4/Thur_W4_BUDD.pdf

my thought

2022: they are so many invisible factor that shape the development of work .




Isnin, 31 Oktober 2022

SeMeSTeR BaHaRu- 2223

 Meski kian lama terpisah kesan PKP, para mahasiswa kembali bersemangat untuk meneruskan pembelajaran secara bersemuka. 

Sem 5 dan Sem 3
Antara yang menarik semasa kuliah pertama:
1. "dewan ini kurasakan terlalu luas untuk kita yang sejumlah ini"! ..lalu kugerakkan mereka ke hadapan dan dengan itu juga mereka menjadi satu kumpulan.
2. "tahniah dan selamat datang"! sila beri tepukan untuk diri masing-masing..

namun terasa agak ganjil setelah sekian lama hanya menatap melalui layar komputer.

teruskan perjuangan.



Isnin, 4 Julai 2022

MiNGGu PePeRiKSaaN

 Julai bermula dengan peperiksaan, namun kini sesetengah kursus masih lagi dalam mod kerja kursus sepenuhnya disebabkan PKP.


Dengan itu, saat lengang ini digunakan untuk mengemaskan dan menyiapkan tugasan yang diberikan .

Selamat berjuang

Khamis, 30 Jun 2022

HaRi BaHaGia 23

 Sidang konvokesyen datang lagi buat kesekian kalinya dan kali ini adalah yang ke-23. Berlaku dalam keadaan kembali normal, mereka diraikan pada sidang ke-4

26.6.2022, 2 pm

Kebiasaan hujan di petang hari, namun pada hari tersebut cuaca cerah hingga ke petang. Semoga mereka terus berjaya dan terbang lebih tinggi


Jumaat, 17 Jun 2022

PeMuKiMaN aKaDeMik

RETREAT AKADEMIK PRASISWAZAH 
PROGRAM HUBUNGAN INDUSTRI, 
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

ke arah EXCEL
lagi tentang EXCEL


UMS sejak mula dah EXCEL
BERTEKAD CEMERLANG





Rabu, 25 Mei 2022

RaYa@FaKuLTi

 Alhamdulillah, minggu syawal kini di penghujung dan kemeriahan terus diraih.

Sesukuan dari ratusan

Bersama hadir merasai nikmatnya pertemuan setelah dua tahun dalam norma baharu tanpa ada pertemuan. Semoga lebaran ini membuka lembaran baharu untuk terus mengecapi indahnya suasana kampus.

Mereka hadir dengan aneka gaya bagi bersama merasakan aneka juadah dan mereka telah berjaya dengan busana masing-masing.
Vess dan Qamiliea
Teruskan membaca!




Ahad, 1 Mei 2022

HaRi BuRuH TiBa LaGi

 Di saat hari cuti dan semarak hari perayaan masa sambutan untuk hari pekerja tiba lagi. Semoga pekerja terus bekerja dan berehat di kala rehat diberikan.


Antara yang ditekankan lebih menjurus kepada aspek KEINSANAN dalam mengatur perhubungan pekerjaan.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2022.

Berehatlah Pekerja!

Bangun pagi mencari Cinta
Cinta dicari di mana mana
Bangun pagi terfikir Kerja
19 mins
Itulah rutin seorang pekerja
17 mins

#pekerjabukanmesin

Jumaat, 8 April 2022

BeRuBaH

sentuhan edit: Eve

 Menelusuri perubahan demi perubahan dan mereka telah mengatakan bahawa:

 "As we have suggested, there is no consensus definition of an employment relationship. One reason for this is that employment relationships have been examined from various angles by different social science disciplines. Researchers in each academic specialty approach employment relationships with a specific set of assumptions and research questions " (Lowe, et.all, 1999:15) 

dan kukatakan kepada mereka

"bah...selamat membaca guys...
lagi banyak dibaca...lagi baca maklumat
banyak yang sudah dibaca 
rupa rupayanya banyak lagi yang belum dibaca"

Bacaan Lanjut

Mari Membaca

Selasa, 5 April 2022

BaHaGia yaNG TeRTaNGGuH

 Selepas 2 tahun kesan PKP, akhirnya majlis bahagia untuk mereka telah menjelma di penghujung bulan Mac dengan SOP yang ketat.

Apa yang dapat kuhasilkan, hanyalah 


Semoga kenangan lama kembali mekar dan teruslah berjuang walau di mana pun letak diri.

Untuk kenangan sejak 2017 bolehlah klik sini

Sabtu, 12 Februari 2022

KeMPeN PeRuNDaNGaN-

 WEBINAR HAK DAN PERUNDANGAN BURUH: PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH*

Untuk makluman semua, 

Pelajar Tahun 2, AH20203 Undang-Undang Perburuhan [1-2021/2022] telah mengadakan WEBINAR PERANAN DAN HAK BERKESATUAN DI SABAH yang bertemakan HAK DAN PERUNDANGAN BURUH

29 Januari 2022, 9-12 pm, Webex

Kerjasama antara pelajar dan pihak kesatuan. Semoga mereka telah mempelajari sesuatu sesuai dengan matlamat L011- iaitu Etika dan Profesionalisme.

SAKSIKAN RAKAMAN DI RUANGAN BERIKUT
HA12-NOTICED BOARD

Antara maklumbalas dari mereka:

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by 00 - Saturday, 29 January 2022, 11:47 AM
 Terima kasi Dr atas bimbinganya. Daripada program yang telah dianjurkan oleh para panel
 dan moderator luar dan rakan sepasukan kita. Saya dapat mempelajari kesatuan sekerja
 mempunyai pelbagai cabaran dan juga kepentingannya. Dan juga peluang untuk memahami
 kedudukan sebenar kesatuan sekerja itu masih jauh ,akan tetapi selagi berusaha pasti 
membuka mata ramai orang. Kemahiran yang telah saya pelajari hari ini adalah pentingnya 
peranan media sosial bagi menhebahkan aktiviti yang akan diadakan. Oleh itu,dapat disimpulkan 
bahawa ilmu itu ada di sekeliling dan sekitar kita. 

Re: Maklumbalas Seminar 29.1.2022
by  S - Saturday, 29 January 2022, 12:12 PM
 Apa yang berjaya saya pelajari hari ini ialah kesatuan sekerja berperanan dalam menjaga
 hak dan kebajikan pekerja dan banyak cabaran yang dilalui oleh kesatuan sekerja untuk 
mempertahankan hak-hak pekerja agar tidak ditindas sesuka hati oleh majikan.
Kemahiran yang saya berjaya pelajari dalam seminar ini adalah kemahiran berkomunikasi. 
Komunikasi yang baik amat penting untuk memastikan kelancaran sesebuah program. 

Selain itu saya mempelajari bahawa menjadi seorang moderator bukanlah satu perkara 
yang senang ..moderator perlu memainkan peranan dengan baik dalam menjalinkan 
komunikasi dua hala bersama panel agar apa sahaja ilmu yang ingin di sampaikan dapat 
difahami oleh penonton. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya di samping 
mendidik saya untuk membiasakan diri berkomunikasi dengan orang sekeliling.


dan banyak lagi...


terima kasih pada semua. 

|  | 

Jumaat, 28 Januari 2022

KoLoKiuM ke-4

 Tradisi kembali lagi dengan matlamat untuk memantau kemajuan para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjan dan Kedoktoran.

Atas talian 27.1.2022

Masing-masing dengan penyelidikan yang sedang giat dijalankan. Nasihat dan teguran diberikan dan yang pastinya setiap kajian punya cerita sendiri.

Good Luck


Selasa, 25 Januari 2022

Minggu 14

 Masa beredar dan persekitaran berubah. Peralihan PKP kepada Normal membawa bersamanya seribu satu kenangan dan tentunya proses pembelajaran.

kelas pertama-

Kombinasi pelbagai medium mencipta reaksi yang pelbagai, namun diharapkan mereka dapat mencapai hasil yang telah ditetapkan...

dan antara respon yang diterima adalah penghargaan dan harapan agar dapat kembali dalam pembelajaran bersemuka.


Selasa, 4 Januari 2022

Minggu Ke-11

 Tahun Baharu datang Lagi,


Semoga sentiasa tabah dan terus bersemangat..