Alumni

Jumaat, 10 Oktober 2025

SeM 5

 Menjadi senior satu lagi pengalaman yang baharu meski mereka tanpa sedar kerana ini baru minggu pertama. Namun, bersama pada semester 2 dan 3, mereka telah mengharungi semester 4 dengan jayanya.

Aku masuk ke dewan dan terus mematikan suis lampu, dan mereka tetap diam, aku jadi hairan, mungkin mereka telah berubah.

Fokus, sesi Rehat

Antara yang menarik :

-mereka tidak dapat menahan diri untuk teruja, lalu kucuba untuk fokus dalam 1 jam pertama, 

-tayangan video role play, masih lagi video tahun 2019

-pembentukan kumpulan dan mereka lebih selesa dengan kelompok mereka

Kelas disudahi dengan sesi foto mengikut kumpulan.


Selamat berusaha dan terus fokus!!

Khamis, 9 Oktober 2025

BaRu

 Kitaran masa terus berputar, yang lama intern, yang baru MSM, dan minggu lepas adalah waktunya, 

dari seminggu kini hanya 3 hari, mungkin kerana masa terlalu pantas berlalu.

Dan buat kali yang keberapa, aku pun tidak pasti, tapi kuliah pertama harus diteruskan dan kejadian menarik telah berlaku. Masa bertukar dari petang ke pagi.

Pagi dan HUjan jadi Hiasan Hari Pertama


Selamat datang!!

Jumaat, 12 September 2025

iNTeRN MiNGGu Ke-6

 Beberapa minggu ini, banyak terlibat dalam pelbagai aktviti hingga terlupa catatan di sini

Semenjak berakhirnya peperiksaan akhir pada penghujung bulan Julai, aktiviti membaca diteruskan dengan tumpuan yang berbeza di mana yang dahulu didahulukan.

dan mereka akhirnya tiba ke peringkat seterusnya.

4.8.2025

Sedikit perbezaan kerana terdapat banyak kejadian dan banyak kenangan kerana mereka adalah batch pasca covid-19. 

Mereka bukan Malas 
cuma Kurang Rajin
113 orang dengan pelbagai Cara




dan pelbagai soalan datang menerpa dan pengalaman di organisasi pastinya berharga buat mereka, 
dan di saat ini mereka sedang berusaha menyiapkan kajian singkat untuk melengkapkan laporan akhir

GoodLuck Semua!